JAM

Khamis, 7 November 2013

Asked myself why I want to trade?

Kenapa saya memilih Forex berbanding peluang bisnes yang lain?

Kenapa nyek? Ok firstly, saya tak perlu membazir air liur untuk promo barangan seperti bisnes MLM. Modal saya cuma komputer,Broadband dan sedikit wang untuk modal permulaan serendah USD10 sahaja.
Memang trading Forex berisiko tinggi, tetapi lagi tinggi risiko sesuatu bisnes itu lagi lumayan pulangannya jika dibuat dengan betul dan money management yang terkawal. In Shaa Allah boleh mendatangkan hasil.

Berapakah modal permulaan saya?

Saya telah berdemo dengan dua akaun, pertama dengan modal USD500 dan yang kedua modal USD1000.
Mungkin saya akan memilih modal permulaan antara dua kapital ini. Salah satu daripadanya.Percentage losses yang mampu saya tanggung serendah 3%-5% dengan stop loss yang minima.

Jika modal saya habis kesemuanya(rugi) mampukah saya meneruskan hidup?

Ya, saya mampu meneruskan hidup, kerana saya masih punya kerjaya sebagai mekanik pesawat.

Apakah yang akan saya lakukan apabila saya profit atau loss?

Jika saya profit saya akan teruskan untuk profit seterusnya maksud saya sini menambahkan lagi equity saya.
Jika saya loss saya akan berhenti sejenak jangan terburu untuk enter market tetapi analisis untuk trade yan g seterusnya dengan melihat entry di currency pairs yang seterusnya.

Apakah yang saya akan lakukan dengan wang yang dijana dari Forex?

Seperti yang saya katakan dalam entry yang sebelum ini, ke arah financial freedom, langsai semua hutang yang saya tanggung sekarang, dan menambah tabungan Tabung Haji saya untuk menunaikan ibadat haji pada tahun 2020.Dan selanjutnya akan saya fikirkan nanti.

Siapakah broker yang saya pilih dan kenapa saya memilih broker itu?

Interbank FX(IBFX) kerana waktu trading yang accurate dan tiada lagging untuk candlesticks chart.

Apakah teknik yang akan saya gunakan dan time frame apa yang saya rujuk untuk analisis saya?

Teknik yang akan saya gunakan:

  1. Support and Resistance
  2. Fibonacci
  3. Candlestick reversal pattern
  4. Bill williams(Alligator,fractal,Awesome osscilator)

Time frame yang akan saya gunakan:

  • Weekly untuk tengok trend samada Bull atau Bear 
  • Daily untuk plotting Support and Resistance
  • Hour 4 untuk entry dan plotting fibonacci


Bagaimana rutin trading saya?

Saya akan memulakan dengan analisis pada hujung minggu di mana candle weekly close pada jumaat malam sabtu, dan analisis dimulakan untuk market open Isnin depan dengan melihat sunday bar yang muncul pada awal pagi Isnin. Mungkin teknik straddle boleh digunakan pada waktu ini. TAYOR.