Saya mahu pendapatan sampingan bagi menampung gaji bulanan saya. Saya mahu mencapai "financial freedom" sebelum umur saya mencecah 40an. Kehidupan yang bebas dari belenggu hutang. Ya Allah capaikanlah hasrat hamba mu ini, jangan kau ambil nyawaku dalam keadaan sebegini(berhutang). Manusia tidak dapat lari dari hutang. Nak beli rumah kita berhutang, nak beli kereta atau motor kita berhutang dan berkahwin pun kita berhutang. Masya Allah, lihatlah keadaan dunia sekarang,semakin banyak kita berhutang makin resah,gelisah hidup kita.
Ya Allah berkatilah tujuan ku ini, dimana aku sering berdoa kepada mu pada setiap fardhu;
"Ya Allah,aku berlindung kepada Mu daripada sifat sedih dan dukacita,
Aku berlindung kepada mu Ya Allah dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada Mu Ya Allah daripada bebanan hutang dan tekanan perasaan."
AMIN